KUANTAN 25 Mei 2026 (The Capital Post) – Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang melalui Unit Integriti telah melaksanakan Taklimat Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) dalam Sektor Awam khusus kepada Badan Berkanun Negeri Pahang yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Kuantan.
Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan serta panduan kepada badan berkanun negeri dalam membangunkan dan melaksanakan SPINE sebagai satu mekanisme penilaian bagi mengukur tahap integriti serta tadbir urus dalam agensi sektor awam.
SPINE juga berfungsi sebagai pelengkap kepada sistem sedia ada termasuk Sistem Pengurusan Antirasuah (Anti-Bribery Management System – ABMS), Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) serta MyGovernance, yang bertujuan memperkukuh kecekapan pengurusan integriti dalam sektor awam.
-Advertisement-
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Konsultan Institut Integriti Malaysia (IIM), Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif, dengan bantuan Puan Fara Hasda binti Suhaimi.
Program berkenaan telah disertai seramai 30 peserta yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan gred mewakili Badan Berkanun Negeri Pahang, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus baik dalam perkhidmatan awam – The Capital Post