KUALA LUMPUR 25 Mei 2026 (The Capital Post) – Program Larian Tok Gajah telah berlangsung dengan meriah di ibu negara sempena Kuala Lumpur Car Free Morning, menerusi penganjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Pertubuhan Orang Muda Pahang.
Program ini menjadi platform bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat bandar di samping mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti sukan dan rekreasi yang dianjurkan secara terbuka di ruang awam tanpa kenderaan.
Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur; Encik Aziz bin Hashim, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan WPKL; YBhg. Datuk Seri (Dr) Pulainthiran Vendasamay, Presiden Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan; serta Presiden POMP-KL, yang bersama-sama menyokong usaha memperkukuh budaya sukan dalam kalangan masyarakat.
-Advertisement-
Penganjuran larian ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada kecergasan fizikal, malah turut menjadi wadah perpaduan antara pelbagai lapisan masyarakat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti berteraskan kesihatan dan kesejahteraan komuniti – The Capital Post