SUBANG 24 September 2026 (The Capital Post) – Kerja-kerja tampalan sementara telah dilaksanakan di Jalan Pekan Subang pada 23 September 2026 bagi menangani keadaan permukaan jalan di laluan berkenaan.
Kerja pembaikan sementara itu dilaksanakan oleh pihak konsesi Infrasel, susulan tindakan pantas bagi memastikan aspek keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya terus diberi perhatian.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan pihaknya sentiasa komited untuk bertindak pantas dalam menangani keperluan penyelenggaraan jalan demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan awam.
-Advertisement-
Tindakan berkenaan mencerminkan usaha berterusan JKR Selangor bersama pihak konsesi dalam memastikan kemudahan infrastruktur awam berada pada tahap yang selamat dan selesa untuk digunakan oleh masyarakat setempat – The Capital Post.