KPK Raih Anugerah AKRAB Inovatif 2026

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 31 Oktober 2026 – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) terus memperkukuh tadbir urus serta budaya inovasi sebagai pemacu kecemerlangan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kementerian.

Ketua Setiausaha KPK, YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPK (HOD) Bil. 27 Tahun 2026 pada 30 Oktober 2026 bagi memperkukuh pengurusan organisasi dan memantapkan penyampaian perkhidmatan kementerian.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan Anugerah AKRAB (Organisasi) Kategori AKRAB Inovatif 2026 yang telah dimenangi oleh KPK sempena Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke-9.

-Advertisement-

Konvensyen tersebut berlangsung di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 27 hingga 28 Oktober 2026.

Pengiktirafan berkenaan mencerminkan komitmen KPK dalam menterjemahkan hala tuju pengurusan kepada amalan inovasi yang berterusan, sekali gus memperkukuh budaya kerja dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan. – The Capital Post