Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta kerabat diraja Terengganu atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu, Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah, hari ini.

-Advertisement-

Almarhumah adalah bonda kepada Sultan Mizan mangkat pada jam 3.17 pagi tadi di Kuala Lumpur.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi hantaran dalam laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Almarhumah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Almarhumah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Seri Paduka Baginda berdua mendoakan roh Almarhumah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

-Advertisement-

Jenazah Almarhumah akan disemadikan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah hari ini dan Sultan Mizan menitahkan tempoh berkabung selama lima hari.

– BERNAMA

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373