Agong saksikan Latihan Kuasa Tembakan 2023

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEMAS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, berkenan menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2023 di Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, di sini.

-Advertisement-

Al-Sultan Abdullah diiringi anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Sebanyak 40 unit membabitkan 2,660 pegawai dan anggota terbabit dalam latihan itu, bersama 106 aset dan persenjataan, termasuk Perisai Pendekar PT-91M, AV8 Gempita, Lipan Bara, Adnan dan pesawat Helicopter Super Lynx serta AS555 Fennec.

LKT itu antara lain bertujuan memperagakan keberkesanan sistem persenjataan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain menguji pengurusan pasukan, keupayaan anggota dan memperagakan kompetensi anggota dalam melaksanakan latihan tembakan.

-Advertisement-

“Usaha ini selaras dengan keperluan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan, yang menekankan pembangunan progresif keupayaan pertahanan kita sebagai tindak balas kepada tuntutan keselamatan kontemporari.

“Tambahan pula, ia melengkapkan pelan strategik Kementerian Pertahanan, khususnya teras pertama, yang menggariskan kepentingan untuk dipersiapkan dan mampu mempertahankan negara dalam semua keadaan,” kata Panglima Tentera Darat itu.

Dalam hal itu, Mohammad berkata latihan berkenaan telah disusun untuk meningkatkan kemahiran berperang dengan cekap dan berkesan selain menggambarkan senario taktikal yang membabitkan penggunaan gabungan bahagian senjata dalam operasi serangan sebagai sebahagian daripada persediaan bersama pasukan petugas.

– BERNAMA

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373