Ahli parlimen berkumpul di kediaman rasmi Azmin

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA- Beberapa ahli parlimen kelihatan berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Presint 10 di sini malam ini.

-Advertisement-

Bagaimanapun tidak diketahui tujuan pertemuan itu diadakan, ataupun bilangan sebenar ahli parlimen yang menghadirinya.

Antara yang dilihat meninggalkan kawasan kediaman itu pada kira-kira 11.30 malam ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaffar dan Anggota Parlimen Cameron Highlands dari Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor.

-Advertisement-

Turut dilihat meninggalkan kawasan kediaman itu ialah van katering pada kira-kira pukul 10.40 malam.

Usaha untuk mendapatkan ulasan Mohamed Azmin mengenai pertemuan itu tidak berjaya.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373