WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2755) ORDER BY meta_id ASC

MK Ibrahim pengerusi Amanah Negeri Sembilan yang baharu » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

MK Ibrahim pengerusi Amanah Negeri Sembilan yang baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN- Naib Pengerusi 3 Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan MK Ibrahim Abd Rahman hari ini diumumkan sebagai pengerusi negeri yang baharu bagi penggal 2019-2022.

-Advertisement-

Beliau menggantikan penyandang Datuk Zulkefly Mohamad Omar yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada pemilihan yang berlangsung hari ini di Konvensyen Amanah Negeri Sembilan kali ke-4.

Perkara itu diumumkan Pengarah Jawatankuasa Konvensyen Mohd Zainuddin Mohamad, di sini.

Jawatan Naib Pengerusi 3 merupakan jawatan lantikan.

Zulkefly yang sebelum ini tewas dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Amanah kawasan Seremban pada Mesyuarat Tahunan kawasan Seremban September lepas, bagaimana pun dipilih mengisi jawatan Naib Pengerusi 2 menggantikan Suhaimi Kassim.

Selain itu, pemilihan juga menyaksikan Timbalan Pengerusi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri Mohamad Taufek Abd Ghani juga gagal mempertahankan jawatannya bagi penggal baharu.

-Advertisement-

Jawatan itu kini disandang bekas Ketua Pemuda Amanah negeri, Muhammad Zaki Md Sabri manakala Mohamad Taufek dipilih sebagai AJK.

Sementara itu, Bendahari parti yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Bakri Sawir dipilih ke jawatan baharu sebagai Naib Pengerusi 1 menggantikan penyandang Mustafar Ab Kadir.

Mustafar bagaimana pun tidak terpilih bagi penggal baharu manakala Suhaimi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng yang juga Ketua Amanah Seremban yang baharu, dipilih menganggotai barisan AJK.

Proses pemilihan bagi 17 jawatan utama merangkumi Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi dan AJK berjalan lancar.

Terdahulu, pemilihan barisan baharu kepimpinan negeri diundi oleh seramai 106 perwakilan dan Konvensyen Amanah Negeri Sembilan yang berlangsung 9 pagi tadi dirasmikan Timbalan Presiden Datuk Seri Salahuddin Ayub.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC