Ambil tindakan segera individu lakukan perbuatan provokatif bakar al-Quran

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk tindakan pihak berkuasa Sweden membenarkan perbuatan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada Rabu lalu di Stockholm, Sweden.

-Advertisement-

Kementerian Luar Negeri melalui kenyataan hari ini, berkata pihak berkuasa Sweden perlu mengambil langkah serius terhadap pelaku jenayah itu bagi memerangi sentimen Islamofobia yang semakin membimbangkan.

“Tindakan mencemarkan kitab suci al-Quran ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha adalah penghinaan kepada umat Islam di seluruh dunia dan melanggar prinsip sejagat menghormati dan memahami semua agama dan kitab suci mereka.

“Perbuatan ini tindakan keji kali kedua berlaku di negara berkenaan selepas insiden pertama pada Januari lalu,” kata kenyataan itu.

Kelmarin, seorang lelaki berasal dari Iraq bertindak membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden sehingga mencetuskan kemarahan termasuk Turkiye ketika Sweden berusaha menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Perbuatan biadap itu dilakukan dua lelaki di luar masjid utama di ibu negara Sweden ketika sambutan Aidiladha.

-Advertisement-

Lapor Daily Mail, kira-kira 200 penduduk menyaksikan perbuatan lelaki itu, Salwan Momika yang membakar kitab suci itu.

Pada mulanya, Salwan dilihat mengoyakkan beberapa helaian al-Quran sebelum mengelap kasutnya selain turut membakar kitab suci umat Islam itu.

Insiden itu berlaku selepas polis meluluskan permit membenarkan lelaki itu melakukan perbuatan demikian.

Dilaporkan, dua minggu lalu mahkamah rayuan Sweden menolak larangan polis terhadap protes membakar al-Quran yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373