Kumpulan Sulu biadap terhadap kedaulatan kedutaan kita

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Akta Imuniti bagi melindungi negara daripada sebarang kemungkinan tuntutan oleh negara asing, akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini.

-Advertisement-

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini, akta berkenaan boleh menangani isu seperti kes Batu Puteh (Pedra Branca) dan tuntutan oleh Kumpulan Sulu.

Katanya, akta sebegini amat diperlukan kerana mesti ada prosedur yang berbeza sekiranya ada negara asing yang mengemukakan tuntutan terhadap kerajaan.

“Mereka tidak boleh mengemukakan tuntutan sahaja tanpa kita menyedarinya. Bagaimana ia boleh dibenarkan berlaku?,” katanya.

Azalina berkata, beliau sudah memaklumkan mengenai akta berkenaan kepada Kabinet yang akan menegakkan hak kedaulatan dan persempadanan negara.

Pada Mei lalu, Azalina berkata Kolokium Timbang Tara Antarabangsa menetapkan bahawa Akta Imuniti adalah strategi terbaik sebuah negara apabila menghadapi sebarang tuntutan terhadap hak wilayah dan persempadanan pada masa hadapan.

Sementara itu, Azalina mengambil contoh dan mengecam tindakan kumpulan Sulu terbabit yang menghantar bailif (pegawai mahkamah) untuk menceroboh kedutaaan Malaysia dan rumah pegawai di Paris bagi menjalankan penyenaraian item di premis terbabit.

-Advertisement-

Azalina berkata, kejadian itu dimaklumkan oleh Duta Malaysia kepadanya dan menyifatkan tindakan sedemikian adalah sangat kurang ajar dan biadap terhadap kedaulatan negara.

“Bidang kuasa imuniti sesebuah negara adalah kedutaan. Kalau di sini, kita boleh ditembak jika memasuki kedutaan malah tidak boleh sampai ke pintu pagar atau tempat letak kereta.

“Cuba bayangkan kejutan mereka. Duta beritahu saya mereka masuk dan hendak mengira berapa banyak lampu, tingkap dan pintu yang ada di premis itu.

“Tuntutan mereka itu sudah sampai ke tahap kurang ajar sebegini,” katanya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373