Anwar jadi PM, Bursa Malaysia naik lagi 14.83 mata sesi petang

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 24 Nov 2022 (The Capital Post): Penanda aras pasaran saham tempatan, FBM KLCI melonjak lagi 14.83 mata sebaik sahaja dibuka untuk sesi dagangan harian kedua iaitu pada jam 2.30 petang selepas berita mengenai pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

-Advertisement-

Secara keseluruhannya, dagangan harian hingga setakat jam 2.30 petang KLCI meningkat 3.01 peratus atau 43.40 mata kepada 1,486.79 mata berikutan jangkaan kemelut politik selepas Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) berakhir.

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi tadi.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

-Advertisement-

“Ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” demikian menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin melalui satu kenyataan, hari ini.

-BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279