Anwar Saksikan Penyerahan Pelabuhan Bintulu

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUCHING 17 September 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menyaksikan Majlis Penyerahan Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak selepas tiba di Kuching semalam, 16 September 2026.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook, Anwar berkata beliau bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyaksikan proses penyerahan Warta Kerajaan Persekutuan oleh Menteri Pengangkutan kepada Timbalan Premier Sarawak.

Menurut Anwar, penyerahan berkenaan merupakan satu perkembangan penting dalam pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), selain mencerminkan pengiktirafan terhadap hak dan kedudukan Sarawak sebagai salah satu rakan pengasas Malaysia.

Beliau turut menyatakan keyakinan Kerajaan Persekutuan terhadap keupayaan Kerajaan Sarawak untuk mengurus dan mengendalikan Pelabuhan Bintulu secara cekap serta memastikan kemudahan berkenaan terus memberi manfaat kepada negeri dan rakyat.

-Advertisement-

Penyerahan tersebut menjadi antara perkembangan penting dalam hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak, khususnya berkaitan pelaksanaan perkara yang dipersetujui di bawah MA63.

Anwar berharap pengurusan Pelabuhan Bintulu oleh Kerajaan Sarawak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya serta terus menyokong kepentingan ekonomi dan pembangunan negeri berkenaan – The Capital Post