WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (236) ORDER BY meta_id ASC

Arab Saudi perkenal visa baharu » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Arab Saudi perkenal visa baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

RIYADH: Arab Saudi akan membuka pintu kepada pelancong buat kali pertama dengan memperkenalkan visa baharu.

-Advertisement-

Perincian visa itu akan diumumkan pada majlis gala di Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di ad-Diriyah, di sini, malam ini.

Arab Saudi dianggap negara sukar dikunjungi bagi pelancong dengan sebelum ini hanya mengeluarkan visa untuk perniagaan dan lawatan keluarga, selain haji serta umrah.

Pengerusi Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi, Putera Ahmad Al-Khateeb, berkata ia bakal menjadi peristiwa bersejarah negaranya.

“Layanan baik dan murah hati menjiwai budaya Arab sehingga kami sangat mengalu-alukan kedatangan tetamu.

“Pelancong akan terkejut dan seronok menyaksikan khazanah yang kami ingin kongsikan.

“Antaranya, lima Tapak Warisan Dunia UNESCO, budaya tempatan yang bertenaga dan keindahan alam semula jadi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, pemilik Norah Farm, Putera Abdullah al-Saud, berkata al-Ula mengalu-alukan kedatangan pelancong asing ke wilayahnya.

-Advertisement-

“Rakyat Arab Saudi terkenal dengan kerendahan hati dalam menerima tetamu dari luar.

“Selain tarikan sejarah, al-Ula juga menawarkan pengalaman menarik melalui kebun buah-buahan seperti tamar, lemon dan mangga,” katanya kepada delegasi wartawan antarabangsa dan ‘influencer’ media sosial di al-Ula, dekat sini.

Sempena pengenalan visa baharu itu, wartawan luar negara dan ‘influencer’ media sosial turut dibawa ke destinasi pelancongan utama negara ini. Ia merangkumi tiga tema, iaitu pelancongan budaya, mewah dan kembara.

Visa baharu itu memberi peluang untuk pelancong melawat lima Tapak Warisan Dunia UNESCO, persisiran Laut Merah dan Empty Quarter.

Antaranya, tapak arkeologi terbesar tamadun Nabataean yang terletak di luar Petra, Jordan, iaitu Madain Saleh, Al-Ula.

Selain itu, ibu kota pertama Arab Saudi, at-Turaif, ad-Diriyah dan Jeddah yang bersejarah kerana menjadi pintu masuk ke Makkah.

Pelancongan menjadi segmen penting dalam Wawasan 2030 Arab Saudi untuk meningkatkan pelancong asing dan tempatan hingga 100 juta orang pada 2030. – Bharian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC