WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31884) ORDER BY meta_id ASC

Banjir melanda Johor, Sabah dan Sarawak awal pagi ini » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Banjir melanda Johor, Sabah dan Sarawak awal pagi ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seramai 172 mangsa banjir ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa negeri, awal pagi tadi.

-Advertisement-

Portal Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan pada jam 4 pagi tadi, mereka daripada 45 keluarga di beberapa kawasan di Johor, Sabah dan Sarawak.

Menurut NADMA, di Johor Bahru, seramai 17 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara.

Di Beaufort, Sabah pula, 51 mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Datuk Sri Panglima Mohd Dun Banir.

Sementara itu di Papar, 10 mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke PPS Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya.

-Advertisement-

Di Penampang, 61 mangsa banjir daripada 11 ahli keluarga berada di PPS Dewan Program Perumahan Rakyat Sri Keramat, Putatan.

Di Miri, Sarawak pula, NADMA merekodkan 28 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke Dewan Masyarakat di Bekenu, manakala lima lagi mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Sepupok Niah, pagi tadi.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC