WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32740) ORDER BY meta_id ASC

Barisan Kabinet dijangka diumumkan hari ini » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Barisan Kabinet dijangka diumumkan hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 2 Dec 2022 (The Capital Post): Kenderaan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, sebentar tadi.

-Advertisement-

Kenderaan membawa Anwar bersama beberapa kenderaan polis pengiring dilihat tiba di perkarangan Istana Negara pada jam 8.22 pagi sebelum masuk melalui Pintu Utama.

Beliau dipercayai akan mempersembahkan senarai Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pembentukan barisan Kabinet dijangka diumumkan hari ini bagi membolehkan Jemaah Menteri Kabinet baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.

Ia dipercayai bagi membolehkan Kabinet Kerajaan Perpaduan itu dapat dibentuk segera berikutan Yang di-Pertuan Agong dijangka ke luar negara pada Sabtu ini.

Terdahulu, pintu utama Istana Negara sekali lagi menjadi tumpuan pengamal media kerana Perdana Menteri dijadualkan mempersembahkan senarai barisan Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong.

-Advertisement-

Kira-kira 20 pengamal media sudah mula berkumpul di sini, seawal jam 7.30 pagi selepas Anwar dijangka menghadap Agong pada jam 8 pagi.

Pembentukan barisan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diumumkan hari ini bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.

-BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC