Pemilihan Speaker agenda utama sidang Dewan Rakyat 19 Disember

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA, 1 Dec 2022 (The Capital Post): Pemilihan Speaker bagi penggal Parlimen baharu menjadi agenda utama apabila Dewan Rakyat bersidang selama dua hari bermula 19 Disember ini.

-Advertisement-

Azhar Harun ialah Speaker Dewan Rakyat ketika ini.

Menurut surat jemputan dihantar kepada Ahli Parlimen hari ini, aturan mesyuarat pertama adalah pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ini kemudian diikuti sesi angkat sumpah oleh Ahli Parlimen yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pemilihan Timbalan Speaker.

-Advertisement-

Mesyuarat juga dijangka sesi pengundian undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

-BH

(The Capital Post)