WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26349) ORDER BY meta_id ASC

BNM dijangka terus kekalkan OPR » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

BNM dijangka terus kekalkan OPR

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) 1.75 peratus pada mesyuaratnya esok berikutan lebih banyak negeri mulai beralih ke Fasa 2 dan 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

-Advertisement-

Menurut Kenanga Research dalam nota penyelidikannya, seperti yang dinyatakan oleh BNM sebelum ini, pengaturan dasar monetari akan tetap akomodatif pada masa akan datang untuk memberikan sokongan kepada ekonomi selain untuk memastikan tekanan harga tetap dapat diuruskan.

“Oleh kerana lebih banyak negeri sudah beralih ke Fasa 2 dan 3 PPN, kami berpendapat bahawa BNM akan mengekalkan kadar dasar semalaman pada mesyuarat akan datang pada 9 September ini.

“Melangkah ke hadapan, disebabkan oleh ketidakpastian pandemik semasa, tinjauan dasar monetari tetap tertakluk kepada keadaan COVID-19 dalam negara dan kemajuan PPN,” katanya.

Dalam pada itu firma penyelidikan itu menyemak semula unjuran nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada RM4.18 menjelang akhir tahun ini berbanding RM4.03 sebelum ini.

Katanya, di sebalik harga minyak mentah Brent yang mulai menstabil, ringgit dijangka untuk melemah dalam jangka terdekat disebabkan oleh ketidakpastian global COVID-19 dan potensi kelemahan yuan ketika bank pusat China bersedia untuk melonggarkan dasarnya lebih jauh.

-Advertisement-

“Melangkah ke suku keempat 2021, mata wang tempatan mungkin mendapat sebahagian pengukuhan pada jangkaan bahawa sebahagian besar ekonomi akan mulai dibuka semula.

“Bagaimanapun, prospek kekukuhan harga dolar AS menjelang akhir tahun boleh mengehadkan kenaikan ringgit.

“Oleh itu, kami menyemak semula unjuran ringgit berbanding dolar AS pada akhir tahun ini kepada RM4.18 daripada RM4.03 sebelumnya,” katanya.

Nota kajian itu turut melaporkan rizab antarabangsa BNM yang terkini mencecah paras tertinggi dalam tujuh tahun kepada AS$116.3 bilion, naik AS$5.2 bilion berbanding bulan sebelumnya. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC