Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini berikutan kebimbangan pasaran global berhubung kelembapan ekonomi yang pasti akan berlaku susulan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

-Advertisement-

Pada 9.07 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.17 mata kepada 1,589.83 daripada 1,593.00 penutup semalam.

Bagaimanapun, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 119 berbanding 73 dengan 177 kaunter tidak berubah, manakala 1,632 tidak diniagakan dan 71 yang lain digantung.

Sejumlah 116.48 juta saham bertukar tangan bernilai RM41.66 juta.

-Advertisement-

Di Tokyo, pasaran sahamnya juga dibuka lebih rendah selepas penyusutan semalaman di Wall Street.

Indeks Nikkei turun 0.52 peratus atau 115.75 mata kepada 21,932.49 yen pada awal dagangan, manakala indeks Topix turun 0.70 peratus atau 11.31 mata kepada 1,611.96.

Saham Tokyo berada di bawah tekanan tetapi dijangka berada dalam jajaran, dengan penganalisis pasaran meramalkan ia akan kembali mengukuh minggu depan. – Bernama


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427