WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (267) ORDER BY meta_id ASC

Warga Nepal maut jatuh mesin penyejuk tepung » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Warga Nepal maut jatuh mesin penyejuk tepung

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH: Pekerja warga Nepal maut selepas terjatuh ke dalam mesin penyejuk tepung di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tasek di sini, malam tadi.

-Advertisement-

Mangsa, Lama Kajiman, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan mayatnya dikeluarkan bomba yang menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.47 malam tadi.

Lelaki warga asing itu dipercayai terjatuh ke dalam mesin yang sedang beroperasi ketika melakukan kerja-kerja pencucian mesin berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohamad Mahir Mat Saad, berkata dua jentera bersama 10 anggota ke kilang berkenaan sebaik menerima maklumat.

-Advertisement-

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam mesin penyejuk tepung berkenaan ketika melakukan kerja-kerja pencucian.

“Bomba kemudian membawa keluar mangsa yang diseliputi tepung sebelum pihak perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC