WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28202) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini, menyaksikan minat belian membabitkan saham wajaran tinggi terpilih yang diketuai oleh IHH Healthcare di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19 di negara ini, kata seorang penganalisis.

-Advertisement-

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.77 mata kepada 1,519.76 daripada 1,515.99 pada penutup Khamis, selepas dibuka 2.26 mata lebih tinggi pada 1,518.25.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan positif dengan kaunter untung mendahului kaunter rugi 142 berbanding 105, manakala 205 kaunter tidak berubah, 1,816 tidak diniagakan dan 73 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 788.48 juta unit bernilai RM40.11 juta.

Seorang penganalisis berkata, jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia, yang terus menunjukkan trend menaik untuk hari ketiga berturut-turut dengan lebih 5,000 kes dilaporkan pada Khamis, boleh mendorong sokongan belian untuk saham penjagaan kesihatan. Saham IHH Healthcare meningkat 1.72 peratus atau 11 sen kepada RM6.49.

Sebaliknya, Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata tiga indeks utama di Wall Street berakhir lebih lemah apabila keuntungan awal terhapus menjelang penutupan urus niaga dan penjual mengambil peluang mengumpul keuntungan ketika aliran menaik.

“Sentimen pasaran secara menyeluruh masih terganggu dan kami menjangkakan ketidaktentuan itu akan kekal dalam persekitaran kenaikan kadar Rizab Persekutuan AS yang akan berlaku.

-Advertisement-

“Bagi bursa tempatan, kami percaya indeks akan tersekat dalam julat 1,505 hingga 1,520 hari ini berikutan kekurangan pemangkin yang kukuh,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.30, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.22, Petronas Chemicals meningkat enam sen kepada RM8.96 dan CIMB menokok dua sen kepada RM5.27.

Bagi saham aktif, Dagang Nexchange naik setengah sen kepada 92.5 sen, Top Builders turun satu sen kepada 2.5 sen dan Hibiscus Petroleum susut setengah sen kepada 96.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE susut 6.97 mata kepada 5,991.40, FBM 70 meningkat 52.25 mata kepada 13,400.48, Indeks FBM Emas mengukuh 29.60 mata kepada 10,901.71, Indeks FBMT 100 meraih 29.70 mata kepada 10,612.70 dan Indeks FBM Emas Syariah peroleh 32.13 mata kepada 11,578.79.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 38.14 mata kepada 15,802.26, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian 0.70 mata lebih baik pada 200.25, manakala Indeks Perladangan susut 7.99 mata kepada 6,624.19.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC