WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28207) ORDER BY meta_id ASC

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding AS » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, seiring dengan kenaikan harga minyak mentah.

-Advertisement-

Pada 9.11 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.1800/1835 berbanding dolar AS daripada 4.1835/1850 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Setakat pagi ini, harga minyak mentah Brent yang juga merupakan penanda aras global menokok 0.18 peratus kepada AS$91.27 setong.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

-Advertisement-

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1104/1132 daripada 3.1007/1021 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.7865/7905 daripada 4.7207/7224, sebelum ini.

Berbanding pound Britain, unit tempatan itu susut kepada 5.6890/6937 daripada 5.6716/6736 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6370/6400 daripada 3.6458/6474.

– Bernama -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC