Bursa Malaysia dibuka rendah

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 28 Okt 2022 (The Capital Post): Indeks utama Bursa Malaysia menyaksikan satu lagi pusingan jualan sederhana yang membabitkan beberapa saham wajaran tinggi perbankan, perladangan dan telekomunikasi semasa sesi pembukaan pagi ini.

-Advertisement-

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.52 mata kepada 1,453.57 berbanding 1,454.09 pada penutup Khamis.

Indeks utama dibuka 0.45 mata lebih tinggi pada 1,454.54.

Bagi pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan, sebanyak 135 kaunter untung dan 103 rugi, manakala 207 kaunter tidak berubah, 1,924 tidak diniagakan dan 83 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 87 juta unit bernilai RM39 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen negatif daripada Wall Street dan kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat Eropah mungkin merebak ke pasaran tempatan dan FBM KLCI dijangka mempunyai potensi peningkatan terhad untuk tempoh terdekat.

Wall Street ditutup bercampur-campur dengan Dow Jones merekodkan kenaikan lima hari berturut-turut, tetapi S&P 500 dan Nasdaq merosot berikutan keputusan pendapatan hambar daripada beberapa firma teknologi seperti Meta Platforms, Amazon dan Apple.

Bagi komoditi, harga minyak mentah Brent terus meningkat melebihi paras US$96 setong, manakala harga minyak sawit mentah kekal melebihi RM4,100, justeru, itu dijangka memanfaatkan kaunter berkaitan minyak dan gas serta perladangan.

Sehubungan itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI diunjur berlegar dalam julat 1,450-1,470 hari ini.

-Advertisement-

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Axiata turun dua sen kepada RM8.66 dan RM2.74, Maxis dan KLK susut enam sen menjadi RM3.74 dan RM22.14, Petronas Gas lemah 14 sen kepada RM17.02 dan Digi merosot lima sen kepada RM3.70.

Sebaliknya, IHH naik lapan sen untuk mencapai paras RM6, manakala MR D.I.Y, Tenaga Nasional dan Hartalega menambah dua sen, masing-masing mencatatkan RM1.98, 8.31 dan RM2.10.

Antara saham aktif pula, Top Builders turun 1.0 sen kepada 2.0 sen, UEM Sunrise susut setengah sen menjadi 20.5 sen dan SNS menokok setengah sen kepada 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 2.58 mata kepada 10,310.99, FBM 70 menambah 10.76 mata kepada 12,261.92 dan Indeks FBMT 100 susut 0.71 mata kepada 10,052.88.

Indeks FBM Emas Syariah turun 1.32 mata kepada 10,345.41 manakala FBM ACE mengecil 20.60 mata kepada 4,842.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 11.49 mata kepada 16,468.42, Indeks Tenaga turun 2.04 mata kepada 699.63, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.1 mata kepada 175.27, dan Indeks Perladangan kerugian 3.96 mata kepada 6,915.09.

– Bernama -BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279