WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28612) ORDER BY meta_id ASC

Bursa Malaysia dibuka rendah » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Bursa Malaysia dibuka rendah

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa berikutan pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih selepas mengalami prestasi meningkat baru-baru ini.

-Advertisement-

Pada 9.20 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 10.28 mata kepada 1,587.67 daripada 1,597.95 ketika ditutup pada Isnin.

Barometer itu dibuka 0.02 mata lebih rendah kepada 1,597.93.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 631 berbanding 381, manakala 568 kaunter tidak berubah, 730 kaunter tidak diniagakan dan 69 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 699.78 juta unit bernilai RM259.54 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, indeks utama mungkin mengalami situasi tidak banyak berubah yang sederhana dalam jangka terdekat dengan dagangan tertumpu kepada sektor perbankan dan pengguna.

Ini memandangkan harga minyak mentah susut kepada sekitar AS$112 setong berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kelemahan permintaan bahan api di China selepas berlakunya peningkatan semula jangkitan COVID-19 yang mendorong pihak berkuasa mengenakan langkah sekatan pergerakan, jelasnya.

-Advertisement-

“Sementara itu, Majlis Minyak Sawit Malaysia mengunjurkan harga minyak sawit mentah (MSM) kekal pada sekitar RM6,000 satu tan bagi beberapa bulan akan datang, disokong oleh krisis yang belum dapat diselesaikan antara Ukraine dan Russia,” menurutnya dalam nota penyelidikan pada Selasa.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.92, Petronas Chemicals menokok 10 sen kepada RM9.70, MISC menambah lima sen kepada RM7.32, manakala Public Bank turun satu sen kepada RM4.65 dan IHH Healthcare susut 17 sen kepada RM6.35.

Antara saham aktif, CSH Alliance menokok 1.5 sen kepada 15.5 sen, Sapura Energy meningkat satu sen kepada empat sen, manakala SMTrack dan BCM Alliance masing-masing tidak berubah pada lapan sen dan tiga sen, serta Bintai Kinden menguncup 1.5 sen kepada 14 sen.

Di papan indeks, FBM 70 kurang 21.92 mata kepada 13,695.22; Indeks FBM Emas turun 57.93 mata kepada 11,350.36; Indeks FBM Emas Syariah susut 36.39 mata kepada 11,929.27; Indeks FBMT 100 merosot 58.90 mata kepada 11,038 namun FBM ACE naik 43.98 mata kepada 5,610.14.

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.96 mata kepada 203.88, Indeks Perladangan kurang 66.95 mata kepada 7,950.22 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 77.08 mata kepada 16,691.50.

– Bernama -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC