Cegah batuk kokol jangan sampai berlarutan

Estimate Reading Time: 2 minutes

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan penyakit yang semakin menular dalam masyarakat, iaitu pertusis atau dikenali dengan batuk kokol.

-Advertisement-

Penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit melalui hidung dan tekak. Apa yang menarik adalah ia dikenali sebagai batuk kokol kerana bunyi kokol yang boleh dibuat orang apabila tercungap-cungap selepas batuk.

Menurut pakar kesihatan awam, Dr Ahmad Samhan Awang dalam ciapannya di Twitter, menjelaskan batuk kokol boleh menyebabkan radang paru-paru, otak dan sawan serta mudah berjangkit dan boleh membawa maut.

Antara gejala batuk kokol termasuk hidung berair, hidung tersumbat dengan lendir, mata merah dan berair, demam dan batuk.

Minggu berikutnya, tanda dan gejala akan menjadi lebih teruk. Batuk teruk berpanjangan akan merangsang muntah, menyebabkan muka menjadi merah atau biru, selain menyebabkan keletihan yang melampau.

Tidak kira ubat penahan atau terapi batuk yang dijual berleluasa, gejala batuk kokol akan beransur pulih selepas tiga hingga enam bulan.

Antibiotik adalah cara terbaik untuk merawat pertussis. Amat penting untuk berjumpa doktor secepat mungkin dan mengambil rawatan awal untuk mengurangkan keterukan dan tempoh penyakit serta mengurangkan risiko penyebaran jangkitan kepada orang lain.

Rawatan selepas tiga minggu tidak mungkin membantu kerana bakteria biasanya hilang, walaupun masih mengalami gejala.

Sawan batuk turut berlarutan selama berminggu-minggu kerana bakteria menyebabkan kerosakan pada paru-paru.

Langkah pencegahan dan rawatan

-Advertisement-

Jadi, jangan dibiarkan berlarutan, mungkin ia boleh menyebabkan kematian.

Bahkan Amerika Syarikat turut membantu mencegah batuk kokol dengan dua jenis vaksin; Dtap untuk kanak-kanak bawah tujuh tahun, manakala Tdap untuk kanak-kanak yang lebih tua, remaja dan orang dewasa.

Ia membuktikan cara terbaik untuk melindungi diri dan orang sayangi dengan mengikuti perkembangan terkini serta mendapatkan vaksin batuk kokol yang disyorkan.

Tinjauan dilakukan Pusat Penyelidikan Hal Ehwal Awam (NORC), membuktikan bahawa majoriti yang divaksin mampu melawan dan menentang varian secara umum.

Amalkan gaya hidup sihat dan rawatan sampingan boleh mengelakkan batuk berterusan dengan minum air secukupnya.

Cuaca panas melampau boleh menyebabkan tekak kering dan kurang hidrasi.

Langkah yang perlu diambil kira juga dengan menutup mulut semasa batuk dan sentiasa membasuh tangan untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak.

Walaupun jangkitan boleh berlaku sepanjang tahun, berhati-hati terutamanya semasa musim panas dan musim gugur apabila kes pertusis cenderung memuncak. Jadi marilah kita sama-sama mencegah penyakit ini dari kian merebak.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373