COVID-19: Angka harian lepasi 20,000 untuk kali pertama

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Angka harian kes COVID-19 di Malaysia melepasi 20,000 untuk kali pertama, dengan 20,596 jangkitan baharu dilaporkan, hari ini.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kini mencecah 1,203,706 kes.

Beliau berkata, Selangor terus menyumbang jangkitan baharu tertinggi dengan 8,549 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,163).

Empat negeri lain yang turut mencatat angka harian empat digit ialah Kedah (1,446), Johor (1,300), Sabah (1,062) dan Pulau Pinang (1,022).

-Advertisement-

Dua negeri merekodkan jangkitan baharu menghampiri empat digit, iaitu Negeri Sembilan (989) dan Perak (916).

Semua negeri dan Wilayah Persekutuan melaporkan kes baharu, hari ini, yang menyaksikan Perlis menyumbang angka terendah dengan empat jangkitan, disusuli Labuan (15) dan Putrajaya (50).

-BH