WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25263) ORDER BY meta_id ASC

JKJAV utamakan vaksin yang lebih cepat sampai » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

JKJAV utamakan vaksin yang lebih cepat sampai

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) memutuskan untuk mendapatkan vaksin jenis lain daripada pembekal lain selepas jadual penghantaran vaksin COVID-19 jenis Moderna didapati hanya dapat dilakukan pada suku ketiga tahun ini.

-Advertisement-

Ini berikutan pengeluar lain mempunyai jadual penghantaran bekalan yang lebih awal, seterusnya mempercepatkan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan tidak berasas seorang pengamal perubatan swasta, Dr Musa Nordin yang JKJAV tidak membuat perolehan vaksin jenis Moderna dan Bahagian Regulatori Farmaseutikal Negara (NPRA) masih tidak mendaftarkan vaksin berkenaan kerana tidak diberikan sogokan yang mencukupi (not enough kickbacks).

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata perbincangan bagi perolehan vaksin jenis Moderna diadakan oleh KKM dengan syarikat pengeluar vaksin terbabit, ModernaTX Inc pada penghujung 2020.

Kenyataan itu berkata, ModernaTX Inc kemudian membuat tawaran rasmi vaksin kepada KKM pada 6 Disember tahun lalu, iaitu sebanyak 10 peratus daripada populasi Malaysia dan penghantaran bermula pada suku tahun ketiga hingga suku tahun keempat 2021.

“Cadangan tawaran ModernaTX Inc dibawa untuk pertimbangan JKJAV yang berpendapat tawaran itu boleh dipertimbangkan.

-Advertisement-

“Bagaimanapun, memandangkan penghantaran vaksin hanya dapat dibuat pada suku ketiga tahun 2021, maka JKJAV membuat keputusan perolehan perlu dibuat segera dengan pengeluar lain yang dapat membekalkan vaksin COVID-19 lebih awal bagi mempercepatkan pelaksanaan PICK,” katanya.

KKM mengulas dakwaan sogokan dalam proses perolehan vaksin COVID-19 yang dibangkitkan oleh Dr Musa dalam sesi temu bual di saluran Astro Awani yang kemudian dilaporkan dalam portal Malaysia Now bertarikh 3 Ogos 2021.

Berita lanjut menyusul.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC