COVID19: 4 lagi kematian dengan 3,926 jangkitan baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Empat lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan di seluruh negara semalam, walaupun angka jangkitan harian kembali menurun ke paras bawah 4,000 kes.

-Advertisement-

Dua korban baharu itu direkodkan di Selangor, manakala masing-masing satu di Melaka dan Perak. Satu daripada kematian juga direkod membabitkan kes BID atau kematian di luar fasiliti kesihatan.

Sementara itu, laman COVIDNOW melaporkan 3,926 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan semalam termasuk 23 kes import.

Perkembangan itu menjadikan kumulatif 4,668,139 jangkitan COVID-19 di seluruh negara sehingga tengah malam tadi, dengan 35,946 nyawa menajdi korban.

Dalam pada itu, sebanyak 3,542 kes sembuh dilaporkan semalam, di samping 47,286 kes aktif ketika ini.

Daripada kes itu, 45,657 menjalani pengasingan di rumah, diikuti 1,539 dirawat di hospital dan 30 lagi ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

-Advertisement-

Selain itu, 60 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dari segi penggunaan katil ICU negara, sehingga kadar penggunaan adalah 60.2 peratus termasuk membabitkan kes bukan COVID-19.

Kedah merekodkan kadar penggunaan katil ICU tertinggi iaitu 76.3 peratus, diikuti Selangor (74 peratus), Johor (72.3 peratus), Labuan (71.4 peratus), Putrajaya (70 peratus), Kuala Lumpur (67.4 peratus), Kelantan (65.8 peratus), Perak (62.4 peratus), Melaka (59.8 peratus), Sabah (59.4 peratus), Negeri Sembilan (57.1 peratus) dan Pulau Pinang (50.8 peratus).

Sementara itu empat negeri mencatatkan penggunaan katil ICU di bawah 50 peratus iaitu Sarawak (47.9 peratus), Perlis (47.4 peratus), Terengganu (45.2 peratus) dan Pahang (36.7 peratus).

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279