DOSM Promosi Statistik Sukan dan Kepentingan Data Negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 18 Julai 2026 (The Capital Post) – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyertai pameran sempena Majlis Praperasmian Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya sebagai usaha memperluas kefahaman masyarakat mengenai kepentingan statistik rasmi negara.

Menerusi penyertaan tersebut, DOSM memperkenalkan penerbitan Akaun Satelit Sukan 2024 yang memaparkan data berkaitan sumbangan sektor sukan terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Penerbitan itu memberi gambaran mengenai peranan industri sukan dalam menyokong pembangunan ekonomi serta perancangan dasar berkaitan sektor berkenaan.

Selain itu, DOSM turut mempromosikan pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 (BE2026) bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengumpulan data statistik dalam membantu perancangan pembangunan dan penggubalan dasar yang lebih berkesan.

-Advertisement-

Pameran berkenaan turut menjadi medium kepada DOSM untuk berkongsi pelbagai produk serta perkhidmatan statistik rasmi dengan pengunjung, di samping memperkukuh pemahaman masyarakat mengenai peranan data dalam menyokong pembangunan sektor sukan dan ekonomi negara.

DOSM merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung yang hadir ke reruai pameran tersebut serta menyokong usaha memperkasakan budaya berasaskan data dalam kalangan masyarakat. – The Capital Post