PUTRAJAYA 18 Julai 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pendidikan (KPM) mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah dan Sarawak bagi menyelaras pelaksanaan agenda pendidikan di kedua-dua negeri selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato’ Wan Hashim Wan Rahim bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, YBhg. Datu Haji Adana Haji Jed serta Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YBhg. Datuk Hassan Mahali.
Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada penyelarasan pelbagai isu berkaitan sektor pendidikan di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pelaksanaan dasar serta inisiatif di bawah MA63 dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan menyeluruh.
-Advertisement-
Mesyuarat berkenaan turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, memperkasakan pembangunan modal insan serta memastikan akses pendidikan yang lebih inklusif kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
Kementerian Pendidikan akan terus memperkukuh kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan agenda pembangunan pendidikan di bawah MA63 dilaksanakan secara bersepadu demi manfaat pelajar dan masyarakat di kedua-dua negeri. – The Capital Post