Draf PSKL 2040 perlu disegerakan- PM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Penambahbaikan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) perlu disegerakan dan diwartakan sebelum penghujung tahun ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-Advertisement-

Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan amat komited untuk memastikan PSKL 2040 komprehensif dan bersifat inklusif untuk rakyat selaras visi Kuala Lumpur, Bandar Untuk Semua.

Beliau turut menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tumpuan kepada beberapa perkara penting berkaitan pindaan PSKL 2040.

“Saya telah mempengerusikan satu taklimat bagi mendengar dan meneliti laporan sesi libat urus pindaan PSKL 2040 bersama Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL pada 17 Julai 2023.

-Advertisement-

Anwar berkata, kerajaan bersetuju supaya perumahan mampu milik diperluaskan bagi menampung permintaan warga kota terhadap jenis perumahan sedemikian.

Jelasnya, cadangan itu sejajar dengan hasrat kerajaan bagi merealisasikan konsep Kejiranan Madani di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Beliau turut memberitahu, pelanjutan sesi libat urus yang diadakan pada 18 hingga 26 Mei lalu membawa kepada 639 pandangan daripada 425 peserta yang menyertainya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373