Tahanan lari dari hospital ditahan semula

Estimate Reading Time: < 1 minute

NIBONG TEBAL: Polis berjaya menahan semula seorang tahanan lelaki yang melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB), di sini, petang semalam.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Ng Ah Thiam, berkata lelaki berkenaan ditahan di Jalan Pantai Bersih di Butterworth, pada jam 8.45 pagi tadi, dengan bantuan anggota dari Penjara Seberang Perai.

“Kami berterima kasih kepada orang awam yang telah memberi kerjasama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, polis menerima laporan pada jam 3.56 petang daripada wadar penjara yang memaklumkan seorang tahanan lelaki warga tempatan telah melarikan diri.

Ah Tiam berkata, tahanan berkenaan yang dikenali sebagai Nordin Ahmad berusia 54 tahun dikatakan meloloskan diri ketika berada di Wad Kuarantin Tibi (Wad 5) di HSB.

-Advertisement-

“Ketika itu, tahanan terbabit berbaju T berwarna kelabu dan berseluar pendek berwarna hitam.

“Susulan laporan berkenaan, polis melancarkan ‘Op Tutup’ dan usaha mengesan tahanan terbabit terus dilaksanakan,” katanya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373