Drama Gadis Muzikal temui penonton Ogos ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

SLOT Lestary TV3 bakal membawakan sebuah lagi drama bersiri bertajuk Gadis Muzikal yang akan menggantikan drama Keria Women dan akan mula menemui para penonton bermula 11 Ogos ini.

-Advertisement-

Drama bersiri terbitan Zeel Production ini akan menampilkan para pelakon seperti Fiza Thomas, Aisya Retno, Serene Claire, Mark Adam, Fath Hafeez dan ramai lagi.

Ia mengisahkan tentang lima gadis muda yang ingin mengejar impian menjadi penyanyi popular namun jalan yang harus mereka tempuhi tidak mudah dek kerana kejahatan orang sekeliling dan juga kisah cinta yang menghalang.

-Advertisement-

Menariknya, lagu tema bagi drama bersiri 13 episod ini akan menggunakan lagu ‘Untukmu’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Feminin pada era 90-an yang pastinya akan membangkitkan nostalgia dalam diri penonton. 

Nantikan drama yang pasti akan mencuit hati anda sekeluarga ini pada setiap Khamis hingga Sabtu jam 9 malam hanya di TV3.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373