WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (182) ORDER BY meta_id ASC

Dua meninggal dunia berkaitan jerebu di Jambi » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Dua meninggal dunia berkaitan jerebu di Jambi

Estimate Reading Time: < 1 minute

JAMBI: Dua penduduk yang mempunyai sejarah asma meninggal dunia ketika jerebu akibat kebakaran hutan terus melanda wilayah di Sumatera dan Kalimantan.

-Advertisement-

Ambo Tang, 55, dari Tanjungjabung Timur dan Hanifah, 57, dari Muarojambi meninggal dunia Sabtu lalu selepas beberapa minggu menghidap masalah pernafasan kerana menghidu jerebu.

“Ibu saya ada sejarah asma tetapi jerebu memburukkan keadaan beliau,” kata anak lelaki Hanifah, Muhammad.

Kampung Hanifah, Mekar Sari, di daerah Kumpeh Ilir terletak berhampiran beberapa tompok panas.

Anak perempuan Tang, Diana, berkata bapanya juga mengalami asma. Ambo dan Hanifah dibawa ke pusat kesihatan terdekat untuk mendapatkan rawatan sebelum diumumkan meninggal dunia.

-Advertisement-

Jambi, antara wilayah paling teruk dilanda jerebu di Sumatera, menerima hujan buatan selama 15 minit pagi Selasa lalu selepas kemarau berpanjangan.

Bagaimanapun, hujan tidak membantu meningkatkan kualiti udara, yang direkodkan pada tahap 374 atau bahaya mengikut Indeks Kualiti Udara Amerika Syarikat (US AQI) pada petang Selasa.

Penduduk, walaupun seronok dengan hujan, masih memilih memakai topeng pernafasan di luar rumah.

Tiada rekod rasmi mengenai kematian berkaitan jerebu tetapi kematian terkini itu menambah kepada kes bayi empat bulan dari Sumatera Selatan yang meninggal dunia akibat radang paru-paru dan meningitis. — Bharian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC