Dua rakyat Korea Selatan ditawan pemberontak Houthi di Laut Merah

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEOUL- Enam belas orang, termasuk dua rakyat Korea Selatan, dan tiga bot mereka ditawan di Laut Merah minggu ini oleh pemberontak Houthi di Yaman, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan pegawai kementerian luar di Seoul pada Selasa.

-Advertisement-

Insiden itu berlaku pada pukul 3.50 pagi (waktu Korea) pada Isnin di kawasan perairan kira-kira 15 batu dari barat Pulau Kamaran, Yaman.

Anggota kru dan kapal mereka telah dibawa ke pelabuhan Salif di Hudaidah, Yaman dan dilaporkan berada dalam keadaan baik, menurut pegawai itu.

Kedua-dua rakyat Korea berada di atas kapal tunda dan dalam perjalanan ke sebuah pelantar penggerudian yang dimiliki syarikat Woongjin Development Co.

-Advertisement-

Pemberontak terbabit turut merampas sebuah lagi kapal tunda milik rakyat Arab Saudi yang disewa oleh sebuah syarikat Emiriah Arab Bersatu.

Tidak lama selepas rampasan itu, Korea Selatan menghantar unit antipelanunannya Cheonghae yang beroperasi di pesisir Somalia ke lokasi kejadian dan meminta Amerika Syarikat, Arab Saudi dan negara-negara lain bekerjasama dalam usaha menyelamat.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373