Tiga maut termasuk suspek dalam insiden tembakan rambang di Walmart Oklahoma, AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

HOUSTON- Tiga orang maut dalam insiden tembakan rambang di sebuah pasar raya Walmart di Duncan dalam negeri Oklahoma, Amerika Syarikat pada Isnin pagi, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan.

-Advertisement-

Laporan itu, yang memetik kenyataan Peronda Lebuhraya Oklahoma, menyebut bahawa Jabatan Polis Duncan telah mengesahkan bahawa tiga orang maut dalam insiden itu, termasuk suspek.

Bagaimanapun suspek belum dikenal pasti, menurut laporan akhbar tempatan The Duncan Banner.

-Advertisement-

Insiden itu berlaku di kawasan parkir 24 jam Walmart Supercentre di Duncan, kira-kira 130 kilometer di barat daya Oklahoma City, ibu kota Oklahoma.- BERNAMA