Eksport Malaysia dijangka kekal lemah tahun ini – Penganalisis

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Eksport Malaysia berkemungkinan kekal lemah berikutan kesan asas yang tinggi dan prospek permintaan yang lemah pada masa hadapan, demikian mengikut CGS-CIMB.

-Advertisement-

Dalam nota ekonomi yang dikemaskini semalam, firma penyelidikan itu berkata kos sara hidup yang tinggi, keutamaan inventori yang lebih rendah oleh firma, serta keutamaan pengguna untuk perbelanjaan perkhidmatan selepas pandemik adalah antara beberapa sekatan utama yang melemahkan permintaan barangan.

“Secara ringkasnya, kami menjangkakan eksport nominal akan menguncup tahun ke tahun (yoy) untuk sepanjang tahun ini, dan lebihan akaun dijangka terus mengecil dalam keadaan permintaan yang perlahan daripada rakan dagangan utama.

“Kami mengekalkan unjuran akaun semasa kami untuk mencatatkan lebih rendah pada 1.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2023 (2022: 2.6 peratus),” katanya.

CGS-CIMB berkata, lebihan dagangan Malaysia melebar sedikit kepada RM15.4 bilion pada Mei, lebih tinggi daripada RM13.4 bilion oleh konsensus Bloomberg dan unjuran firma penyelidikan itu pada RM14.8 bilion.

“Eksport pada Mei meningkat 13.7 peratus bulan ke bulan (m-o-m) dari segi nilai, manakala import meningkat 12.6 peratus m-o-m, disebabkan bilangan hari bekerja yang lebih tinggi dalam bulan itu (21 hari berbanding 18 hari pada April).

“Pada asas yoy, kedua-dua eksport dan import menyusut pada kadar yang lebih rendah daripada jangkaan, masing-masing sebanyak -0.7 peratus dan -3.3 peratus yoy, berbanding jangkaan kami sebanyak -14.1 peratus dan -17.7 peratus,” katanya.

Sementara itu TA Securities dalam nota penyelidikannya berkata, pihaknya mengekalkan jangkaan penurunan eksport sebanyak 3.9 peratus kepada RM1.49 trilion dan penurunan 2.6 peratus dalam import kepada RM1.26 trilion untuk tahun ini.

Katanya, unjuran itu akan menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM229.55 bilion, berbanding lebihan RM255.48 bilion pada 2022.

“Faktor positif yang menyokong prestasi perdagangan pada masa ini ialah mata wang yang semakin lemah. Pada masa ini, ringgit berada pada RM4.63 berbanding dolar AS, yang berpotensi menguji tahap RM4.65 setiap dolar AS tidak lama lagi.

“Susut nilai dalam nilai ringgit boleh meningkatkan kemampuan dan daya saing barangan dan perkhidmatan Malaysia di pasaran antarabangsa, berpotensi merangsang permintaan untuk eksport Malaysia.

-Advertisement-

“Bagaimanapun, kita mesti berhati-hati kerana risiko perdagangan pada 2023 condong ke arah bawah disebabkan kemungkinan kemelesetan ekonomi di negara maju, tekanan inflasi yang berterusan dan kadar faedah AS yang lebih tinggi. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan limpahan yang mengganggu

kesan kepada ekonomi domestik,” katanya.

Penganalisis Affin Hwang Investment Bank, Alan Tan Chew Leong pula berkata, pihaknya percaya prestasi perdagangan luar negara akan diheret oleh jualan semikonduktor global yang berkemungkinan lembap dalam beberapa bulan akan datang.

Katanya, dalam April, jualan semikonduktor global menurun lagi sebanyak 21.6 peratus yoy (-21.3 peratus pada bulan Mac), mencatatkan penguncupan bulan kelapan berturut-turut sejak September 2022.

“Berbanding ramalan awal penguncupan sebanyak 4.1 peratus yoy pada 2023, Statistik Perdagangan Semikonduktor Dunia (WSTS) telah mengurangkan ramalannya dan mengunjurkan kemerosotan dalam jualan semikonduktor global sebanyak 10.3 peratus atau AS$515 bilion pada 2023.

“Jualan di Asia Rantau Pasifik, yang menyumbang lebih separuh daripada jualan global pada 2022, adalah dijangka menyusut lagi sebanyak 15.1 peratus yoy pada 2023 (-3.5 peratus pada 2022), manakala pasaran Amerika diunjurkan menurun sebanyak 9.1 peratus yoy dalam tempoh yang sama (16.2 peratus pada 2022).

“Namun begitu, WSTS percaya bahawa jualan semikonduktor global akan pulih dan

berkembang sebanyak 11.8 peratus yoy pada 2024, disumbangkan terutamanya oleh unjuran pertumbuhan dua digit dalam pasaran Asia Pasifik dan Amerika,” katanya.

Secara keseluruhan, pihaknya mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia yang mungkin akan memperlahankan kepada 3.7 peratus pada 2023 (8.7 peratus pada 2022), katanya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373