WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32575) ORDER BY meta_id ASC

Gabungan parti diharap dahului kepentingan rakyat » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Gabungan parti diharap dahului kepentingan rakyat

Estimate Reading Time: 2 minutes

PETALING JAYA, 22 Nov 2022 (The Capital Post) : Pembentukan kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) di negara ini tidak seperti Itali yang membolehkan parti atau blok politik memenangi kerusi terbanyak diberi peluang dahulu untuk berunding dengan parti lain. Dalam kes Itali itu, Brothers of Italy (FdI) hanya meraih 26 peratus undi popular tetapi melebihi parti saingan lain, akhirnya mengetuai kerajaan campuran.

-Advertisement-

Dalam konteks negara ini, hanya Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dianggap parti induk yang boleh menentukan warna kerajaan Persekutuan tetapi memerlukan gabungan atau parti lain sama, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Sabah, Barisan Nasional (BN) dan beberapa entiti lain.

Bagaimanapun, untuk membentuk kerajaan dengan melepasi majoriti mudah, iaitu 112 kerusi, PH atau PN perlu menarik sokongan BN, sekali gus menjadikan parti menguasai kerajaan sejak merdeka hingga 2018 itu menjadi king maker.

Namun, ada berpendapat BN tidak perlu menyertai kerajaan sama ada PH atau PN kerana lebih mudah melaksanakan proses rejuvinasi setelah ditolak pengundi dengan menjadi pembangkang efektif.

Masalahnya, untuk menjadi pembangkang baik, BN terpaksa bersaing sama ada dengan PH atau PN yang memiliki Ahli Parlimen lebih ramai, sekali gus menyebabkan suara mereka di Dewan Rakyat akan tenggelam hingga menyukarkan untuk memperjuangkan agenda sebagai pembangkang.

Pada masa sama, keputusan membentuk kerajaan dengan blok lain, juga tidak mustahil akan menenggelamkan suara Ahli Parlimen mereka kerana jumlah terhad akibat wujud perbezaan pendapat dalaman.

Akur keputusan parti

Justeru, demi masa depan blok itu, Ahli Parlimen BN perlu membuat keputusan, iaitu sama ada untuk menyokong blok lain membentuk kerajaan Persekutuan atau kekal di luar kerajaan. Sebab itulah, Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan semua Ahli Parlimen mereka akur dengan keputusan peringkat tertinggi UMNO dan BN.

Oleh itu, timbul persoalan apakah status Ahli Parlimen UMNO ingkar dengan keputusan parti jika dikaitkan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang jika keingkaran itu membawa kepada pemecatan daripada parti?

Sebenarnya, akta ini hanya menyebut secara spesifik mengenai kehilangan status apabila Ahli Parlimen bertukar parti. Ini berbeza dengan akta sama di Singapura yang menetapkan Ahli Parlimen jika dipecat daripada keahlian parti walau apapun sebabnya, maka secara automatik status itu akan gugur.

Bagaimanapun, gambaran awal Kerajaan Persekutuan sudah semakin jelas apabila kerajaan negeri Perak terbentuk membabitkan BN dan PH dengan Datuk Seri Saarani Mohamad daripada UMNO mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

-Advertisement-

Begitu juga dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang yang menyaksikan BN dan PH bersetuju membentuk kerajaan negeri baharu.

Jika dipanjangkan pembentukan kerajaan negeri baharu di Perak dan Pahang kepada Persekutuan, ia boleh dibaca akan dibentuk melalui kerjasama BN dan PH serta entiti lain tetapi rundingan sudah tentu dijangka tidak semudah seperti pada peringkat negeri.

Rundingan itu sudah pasti akan berkisar dengan pelantikan Kabinet dan mungkin tersentuh perihal jawatan PM dengan ada kemungkinan turut membabitkan dibuat secara giliran.

Namun, timbul juga persoalan bagaimanapun pula dengan resolusi Perhimpunan Agong UMNO yang secara terang menggesa tiada kerjasama dengan PH terutama sekali DAP akan diketepikan?

Apapun, Istana Negara sudah bersetuju melanjutkan tempoh supaya setiap gabungan parti mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri Ke-10 sebelum jam 2 petang ini.

Tentunya, rakyat menanti dengan penuh debar apakah bentuk Kerajaan Persekutuan demi mendepani cabaran sedang menanti. Harapan rakyat ialah semua gabungan parti mendahului kepentingan rakyat dan negara berbanding agenda masing-masing.

Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR

-BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC