WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33500) ORDER BY meta_id ASC

Hampir 7,000 pegawai, pakar perubatan KKM letak jawatan sejak 2018 » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Hampir 7,000 pegawai, pakar perubatan KKM letak jawatan sejak 2018

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seramai 6,036 pegawai perubatan dan 890 pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) meletak jawatan bagi tempoh 2018 hingga 2022.

-Advertisement-

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata dalam tempoh sama juga, seramai 1,651 pegawai farmasi KKM turut melakukan tindakan sama.

Beliau berkata, antara alasan peletakan jawatan itu ialah untuk berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun, atas sebab peribadi, menerima tawaran menjadi pensyarah institusi pengajian awam dan swasta, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berhijrah ke luar negara serta membuka klinik atau farmasi sendiri.

“KKM turut mengambil maklum isu berbangkit peletakan jawatan ini disebabkan suasana atau persekitaran kerja di kementerian.

“Saya melihat isu ini adalah universal, kita tidak dapat halang mereka berhijrah untuk pendapatan yang lebih baik dan persekitaran kerja yang lebih kondusif,” katanya.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ir Md Nasir Hashim yang mahu kementerian menyatakan apakah punca doktor dan ahli farmasi mengambil keputusan berhenti daripada perkhidmatan di hospital kerajaan dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Lukanisman pada masa sama mengakui terdapat pegawai menyatakan alasan peletakan jawatan mereka kerana merasakan diri dibuli ketika bertugas, selain tekanan tugas yang berat sehingga merasakan KKM tidak mampu menjaga kebajikan pekerja.

“Bagaimanapun untuk kes seperti ini, kita sedia membantu mereka dan memberi peluang bertugas.

“KKM juga sedang mencari penyelesaian berkaitan insiden buli sehingga membawa kepada peletakan jawatan, buat masa ini kita sudah ada sistem iaitu pegawai boleh memanjangkan aduan mereka sekiranya terdapat masalah atau isu dalam fasiliti KKM,” katanya. – BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (44843,44834,44828,44821) ORDER BY meta_id ASC