WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28239) ORDER BY meta_id ASC

Harga minyak susut, nilai ringgit terjejas » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Harga minyak susut, nilai ringgit terjejas

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit menyusut pada urus niaga pagi ini berbanding dolar AS berikutan kekurangan permintaan ekoran kejatuhan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.

-Advertisement-

Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1835/1875 berbanding dolar AS daripada penutup hari Jumaat pada 4.1805/1810.

Penganalisis itu berkata, pelabur menjauhkan diri daripada pasaran mata wang asing tempatan menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2021 Malaysia yang dijadualkan pada Jumaat.

“Mata wang tempatan dijangka diniagakan lebih rendah berikutan peningkatan ketara kes harian COVID-19 di negara ini,” katanya kepada Bernama.

Pada Ahad, 10,089 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 negara kepada 2,914,220.

-Advertisement-

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun pada 3.6299/6337 daripada penutupan Jumaat 3.6365/6372, meningkat berbanding pound British pada 5.6615/6669 daripada 5.6721/6728 dan lebih tinggi berbanding Euro pada 4.7909/7955 daripada 4.7929/7935 sebelum ini

Walau bagaimanapun, ia susut berbanding dolar Singapura pada 3.1097/1129 berbanding penutupan Jumaat 3.1096/1102.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC