Istiadat angkat sumpah Kabinet baharu Sabah pagi ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU, 11 Jan 2023 (The Capital Post): Satu istiadat mengangkat sumpah jemaah Kabinet baharu Sabah dijangka diadakan pagi ini.

-Advertisement-

Tinjauan BH di pintu utama Istana Seri Kinabalu mendapati, pasukan Polis Di Raya Malaysia (PDRM) sudah mula membuat kawalan keselamatan seawal jam 6.30 pagi.

Turut kelihatan beberapa kenderaan mewah dipercayai membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal mengangkat sumpah turut mula memasuki perkarangan istana.

Difahamkan, upacara berkenaan akan berlangsung pada jam 10 pagi ini di Dewan Istiadat, Istana Seri Kinabalu.

Terdahulu, istiadat mengangkat sumpah berkenaan dilaksanakan selepas pertemuan beberapa ketua parti politik bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

-Advertisement-

Anwar mencadangkan, agar pemimpin tempatan menubuhkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri, baru-baru ini.

-BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279