Isu dua ADUN Melaka selesai cara baik – Anwar

Estimate Reading Time: < 1 minute

MELAKA- Isu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka daripada PKR tidak berada dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka ketika pengundian Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka Datuk Abdul Halim Bachik sebagai Ahli Dewan Negara, telah diselesaikan secara baik.

-Advertisement-

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Abdul Halim dan dua ADUN itu iaitu Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia) dan Datuk Ginnie Lim Siew Lin (Machap Jaya) di pejabatnya hari ini.

“Saya mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (Melaka) dan mereka berdua telah memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku.

“Justeru meski timbul perbedaan pendapat, yang akan dibincang secara dalaman (parti), mereka berdua turut menyatakan dukungan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Adly Zahari,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook beliau di sini hari ini.

-Advertisement-

Persidangan DUN Melaka pada Isnin, menolak usul pelantikan Abdul Halim, sebagai Ahli Dewan Negara selepas pengundian menyaksikan 13 ADUN Barisan Nasional menolak, 12 ADUN Pakatan Harapan menyokong dan tiga ADUN berkecuali.

Tiga ADUN undinya dikira sebagai berkecuali ialah Muhammad Jailani yang juga Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka; Lim yang juga Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Melaka; dan G. Saminathan (DAP-Gadek) dibenarkan tidak menghadiri persidangan itu kerana sedang menghadapi tuduhan memberi sokongan kepada LTTE.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279