WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (3209) ORDER BY meta_id ASC

Penerusan agenda Muafakat Nasional antara tumpuan PAU 2019 » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Penerusan agenda Muafakat Nasional antara tumpuan PAU 2019

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Penerusan agenda Permuafakatan Nasional UMNO-PAS merupakan antara fokus pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 yang akan berlangsung dari 4 hingga 7 Dis ini.

-Advertisement-

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata perhimpunan yang akan diadakan pada skala lebih besar berbanding tahun sebelumnya itu sekali lagi akan menjemput parti PAS bagi memeriahkannya.

“Sebagai tetamu PAS akan diketuai oleh Presiden Tuan Haji Hadi Awang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), beliau telah mengesahkan kehadirannya, juga seperti biasa parti-parti komponen yang lain MCA, MIC dan parti mesra Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang media khas PAU 2019 di sini, hari ini.

Annuar berkata pada ucapan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga ia akan berfokus pada hala tuju perjuangan UMNO dalam landskap politik mutakhir kini dan penerusan kerjasama muafakat nasional dengan PAS.

-Advertisement-

UMNO juga turut menjemput pemerhati dari luar negara dan turut menawarkan 300 gerai kepada usahawan bumiputera pada perhimpunan empat hari yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu.

Sementara itu, kira-kira 12,000 orang dijangka hadir pada PAU kali ini terdiri daripada perwakilan, perwakilan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta pemerhati. Seramai 400 petugas media juga dijangka terlibat.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC