‘Jangan lupo balik Nismilan mengundi’

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yakin lebih ramai pengundi akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

-Advertisement-

“Kita harap pengundi luar merancang untuk pulang selepas mengetahui lebih awal tarikh mengundi dan ini memberi ruang kepada mereka mengatur perjalanan di samping akan memudahkan mereka mengaturkan tempat mengundi lebih awal.

“Hari pengundian pada 12 Ogos ialah hari Sabtu dan ini memberi ruang perantau pulang mengundi.

“Pengundi mempunyai tanggungjawab untuk menentukan sistem demokrasi berjalan baik,” katanya di sini, hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, mengumumkan PRN di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.

Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, berkata pihaknya yakin PRN dapat dijalankan dengan lancar selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

-Advertisement-

“Siapa dan parti mana pun yang akan menyertai PRN ini pastinya sudah bersedia termasuk dari segi jentera kerana kita baru habis PRU, cuma mungkin jentera perlu disegarkan semula,” katanya.

Beliau mengakui menawarkan diri sebagai calon PRN namun keputusan muktamad tertakluk kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya tawarkan diri bertanding tetapi ia akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH termasuk dalam soal kerusi dan jika pucuk pimpinan mengarahkan saya bertanding di Kedah, saya akur,” katanya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373