JPA Dan JPJ Selaras Perancangan Pengisian Jawatan Penguatkuasaan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 30 September 2026 (The Capital Post) – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan pertemuan bagi membincangkan keperluan perjawatan serta penyelarasan perancangan pengisian jawatan di JPJ, khususnya bagi tugas penguatkuasaan di lapangan.

Pertemuan pada 29 September 2026 itu melibatkan Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO) JPA, Dato’ Pauzan bin Ahmar, yang menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Tuan Haji Jamaruslam bin Abdullah, bersama wakil Kementerian Pengangkutan (MOT).

Sesi tersebut menjadi ruang perbincangan mengenai isu perjawatan dan organisasi JPJ, termasuk penyelarasan unjuran keperluan tenaga kerja serta perancangan pengisian jawatan gred lantikan.

-Advertisement-

Perancangan awal itu turut memberi tumpuan kepada kelancaran urusan pengambilan dan pelantikan anggota penguat kuasa bagi tahun hadapan, supaya keperluan sumber manusia dapat diselaraskan secara lebih teratur dan strategik.

Inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen BPO JPA untuk menyokong agensi awam dalam memenuhi keperluan organisasi masing-masing, sekali gus membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat – The Capital Post