WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26431) ORDER BY meta_id ASC

Kadar faedah pinjaman domestik kekal » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kadar faedah pinjaman domestik kekal

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada mesyuaratnya semalam membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang menjadi rujukan kadar faedah pinjaman tempatan pada 1.75 peratus.

-Advertisement-

Menurut bank pusat itu dalam kenyataannya, ekonomi global terus pulih, disokong oleh peningkatan aktiviti perkilangan dan perkhidmatan.

Katanya, kekuatan pemulihan berbeza-beza merentas pelbagai negara terutamanya mengikut liputan pemberian vaksin, pelonggaran langkah pembendungan dan tahap sokongan dasar.

“Negara yang mencapai kemajuan yang lebih baik dalam pelaksanaan program pemberian vaksin sudah dapat melonggarkan langkah pembendungan dan membolehkan aktiviti dalam negeri terus pulih.

“Rangsangan fiskal dan monetari yang besar di beberapa negara maju terus menyokong momentum pemulihan. Keadaan kewangan juga kekal menyokong pertumbuhan.

“Secara keseluruhan, imbangan risiko terhadap prospek pertumbuhan global cenderung ke arah pertumbuhan menjadi lebih perlahan. Hal ini disebabkan terutama oleh ketidakpastian berhubung perkembangan pandemik berikutan munculnya varian yang membimbangkan dan potensi risiko kemeruapan pasaran kewangan yang ketara berikutan perubahan dasar monetari ekonomi utama,” katanya.

BNM berkata, bagi ekonomi Malaysia, pelaksanaan semula langkah pembendungan di seluruh negara bagi mengekang penularan semula kes COVID-19 telah memperlahankan momentum pertumbuhan.

Bagaimanapun, katanya pelonggaran yang diberikan secara berperingkat baru-baru ini kepada lebih banyak sektor ekonomi beroperasi, di samping kemampuan syarikat lebih tinggi untuk membuat penyesuaian dalam persekitaran operasi baharu serta sokongan dasar yang berterusan, sebahagiannya mengurangkan kesan terbabit dan membolehkan ekonomi terus berada pada landasan pemulihan.

“Pada masa hadapan, pelonggaran langkah pembendungan yang selanjutnya, kemajuan pesat program pemberian vaksin dalam negeri dan pengembangan permintaan global yang berterusan akan menyokong momentum pertumbuhan menjelang 2022.

“Bagaimanapun, risiko terhadap prospek pertumbuhan kekal cenderung ke arah pertumbuhan menjadi lebih perlahan disebabkan oleh faktor luaran dan dalam negeri.

-Advertisement-

“Faktor ini termasuk kelewatan dalam pelonggaran atau pelaksanaan semula langkahpembendungan secara keseluruhan yang disebabkan oleh kesan varian baharu COVID-19 yang membimbangkan dan pemulihan pertumbuhan global yang lebih rendah daripada jangkaan,” katanya.

Bank pusat menambah, sejak awal tahun hingga kini, purata inflasi keseluruhan ialah 2.3 peratus dan diunjurkan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2021.

“Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, dijangka kekal rendah, pada purata antara 0.5 peratus hingga 1.5 peratus untuk tahun ini, dalam keadaan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi.

“Bagaimanapun, prospek ini terus bergantung pada perkembangan harga komoditi global dan langkah-langkah dasar bagi meringankan bebanan kos yang ditanggung oleh orang ramai. Namun, inflasi asas dijangka kekal rendah secara relatif pada tahun 2022,” katanya.

Menurut BNM, MPC menyifatkan pendirian dasar monetari adalah wajar dan akomodatif.

“Selain itu, langkah fiskal dan kewangan akan terus mengurangkan kesan ekonomi terhadap perniagaan dan isi rumah serta memberikan sokongan kepada kegiatan ekonomi.

“Berikutan keadaan pandemik yang tidak menentu, pendirian dasar monetari akan terus ditentukan oleh data dan maklumat baharu serta kesannya kepada prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“BNM terus komited untuk menggunakan alat-alat dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan,” katanya. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC