KAMU 2026 Meriah Dengan Majlis Ilmu Bersama Anak Muda

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH 20 September 2026 (The Capital Post) – Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2026 berlangsung meriah dengan pengisian kerohanian apabila anak-anak muda dan orang ramai menyertai majlis ilmu bersama Ustaz Don Daniyal pada malam 18 September 2026.

Majlis yang berlangsung di Stadium Indera Mulia itu menjadi ruang untuk golongan muda mendekati pengisian agama melalui sesi perkongsian ilmu yang turut menampilkan Nabil Ahmad sebagai moderator.

Sambutan yang diterima daripada anak-anak muda serta para hadirin disifatkan amat menggalakkan, sekali gus memperlihatkan minat masyarakat terhadap program berbentuk ilmu dan kerohanian dalam suasana santai.

Perkongsian Ustaz Don Daniyal mengetengahkan ilmu yang dekat dengan kehidupan seharian, manakala pengendalian Nabil Ahmad turut menceriakan suasana melalui pendekatan bersahaja yang diselang-selikan dengan gelak tawa dan pengisian bermanfaat.

-Advertisement-

Program tersebut turut menjadi wadah untuk menggalakkan golongan muda mendekati majlis ilmu serta menghayati pengetahuan agama yang disampaikan dalam suasana mesra dan terbuka.

Diharapkan segala ilmu dan pengajaran yang diperoleh menerusi majlis berkenaan dapat diamalkan serta dikongsi bersama, sekali gus menjadi bekalan yang bermanfaat dalam kehidupan dan akhirat kelak – The Capital Post