Kane akhirnya setuju sertai Bayern

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Harry Kane akan berlepas ke Bayern Munich hari ini untuk menjalani ujian perubatan menjelang perpindahan bernilai £104 juta (RM606 juta), menurut beberapa laporan.

-Advertisement-

Kelab juara Bundesliga itu memburu untuk mendapatkan tandatangan penyerang itu sepanjang musim panas kali ini sebelum akhirnya bidaan mereka diterima Tottenham.

Spurs akan menerima bayaran awal £86 juta (RM501 juta) selain beberapa tambahan yang akan menjadikannya hingga £104 juta.

Selepas itu terpulang kepada Kane untuk memutuskan masa depannya ketika hanya berbaki setahun dalam kontraknya – dan hingga lewat malam tadi, penyerang itu dipercayai mahu kekal di utara London.

Namun awal pagi tadi, kapten England itu dilaporkan memilih untuk berpindah ke Jerman dan bersetuju dengan terma peribadi, menurut wartawan The Athletic, David Ornstein.

Kane, 30, difahamkan sudah menandatangani kontrak empat tahun dengan gaji £415,000 (RM2.4 juta) seminggu – lebih dua kali ganda daripada gajinya di Tottenham.

-Advertisement-

Ornstein menyatakan kini penyerang itu diberi lampu hijau untuk berlepas ke Jerman bagi menjalani ujian perubatan sebelum melengkapkan perpindahan itu.

Bayern dilaporkan percaya perpindahan itu akan disahkan secara rasmi dalam tempoh 24 jam.

Kane adalah penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Spurs selepas 19 tahun berada di kelab itu, menyertainya sejak usia 11 tahun.

Dia menjaringkan 280 gol dalam 435 perlawanan bersama Spurs – 213 daripadanya hadir dalam Liga Perdana Inggeris.

– AGENSI

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373