Kapal kargo karam, 9 kru hilang

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUCHING: Sebuah kapal kargo karam dan terbalik di perairan Pulau Burung di Sebuyau, hari ini.

-Advertisement-

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, berkata sembilan kru kapal MV Tung Sung masih belum ditemui sehingga jam 4 petang ini.

Menurutnya, bot peronda Maritim Malaysia, KM Kota Kinabalu sudah berada di kawasan itu untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Aset Maritim Malaysia lain iaitu bot Kilat turut diatur gerak ke lokasi untuk pencarian sembilan mangsa.

“Sehingga kini, masih tiada sebarang petunjuk penemuan mangsa,” katanya dalam kenyataan petang ini.

-Advertisement-

Menurutnya pesawat Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia turut dikerah ke lokasi bagi mengesan kru kapal terbabit.

Difahamkan, Maritim Malaysia menerima maklumat berhubung kejadian itu selepas menerima panggilan daripada pemilik kapal kargo terbabit.

“Usaha kini sedang giat dijalankan bagi mengesan mangsa di perairan Sebuyau,” katanya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373