Kedudukan Harimau Malaya terus meningkat

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya terus menunjukkan peningkatan apabila mendaki satu lagi anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-136 dunia.

-Advertisement-

Perkembangan itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

“Kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, Malaysia di tangga 136 dunia.

“Berjaya naik satu anak tangga berbanding 137 pada kemas kini terdahulu, 29 Jun 2023. Kemas kini seterusnya 21 September 2023,” kata FAM.

Kemaskini terbaharu ranking FIFA itu menyaksikan skuad kebangsaan menghimpun 1091.57 mata, ketinggalan kira-kira empat mata di belakang Filipina (1095.66 mata).

Kenaikan satu anak tangga itu sedikit sebanyak menunjukkan peningkatan positif diperagakan skuad kebangsaan di bawah bimbingan Kim Pan Gon.

-Advertisement-

Sebelum ini, FAM percaya anak buah Pan Gon mampu berada di kedudukan ke-120 dunia dalam ranking FIFA menjelang hujung tahun ini.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kedudukan itu hanya akan berjaya dicapai sekiranya perancangan terbaik dapat dilakukan dan kejayaan memihak kepada skuad kebangsaan.

Beliau berkata, impian untuk ranking Harimau Malaya melonjak memang menjadi keinginan badan induk itu dan mereka perlu bekerja keras untuk terus memperbaiki ranking skuad negara.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373