WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35468) ORDER BY meta_id ASC

Keputusan mengenai perincian perancangan bangunkan LTSAAS dalam masa terdekat » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Keputusan mengenai perincian perancangan bangunkan LTSAAS dalam masa terdekat

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memutuskan perincian perancangan pembangunan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dalam masa terdekat.

-Advertisement-

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata kerajaan sudah menerima perincian bagi pembangunan lapangan terbang berusia 57 tahun itu daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), April lalu.

“Satu keputusan mengenainya akan dibuat kerajaan dalam masa terdekat selepas cadangan ini dipertimbangkan Jemaah Menteri,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

-Advertisement-

Beliau menjawab soalan Datuk R Ramanan (PH-Sungai Buloh) mengenai perincian perancangan bagi pembangunan LTSAAS.

Pada Februari lalu, Loke memaklumkan, kerajaan meluluskan pelan penjanaan semula LTSAAS yang bakal melonjakkan status lapangan terbang itu menjadi hab aeroangkasa dan penerbangan perniagaan pilihan di Asia Pasifik.

Katanya, LTSAAS dijangka mengubah statusnya menjadi hab penerbangan serantau dan meningkatkan kapasiti semasa lapangan terbang itu kepada lapan juta penumpang setahun, sekali gus menjadi pelengkap Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (39383,39372,39368,39365) ORDER BY meta_id ASC